Jan 1, 2015

Posted by in Uncategorized | 17 Comments

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Untuk berkhidmat dalam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD), calon yang berminat wajib membuat pendaftaran dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Setiap calon perlu melalui 3 peringkat tapisan sebelum diserap ke jawatan PTD.

Mereka yang mempunyai kelayakan minimum ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf daripada universiti tempatan atau luar negara sahaja akan diberi peluang untuk menduduki peperiksaan khas memasuki PTD.

 

pegawai tadbir dan diplomatik gred m41

Mampukah anda menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik?

 

Tugas dan fungsi Pegawai Tadbir Diplomatik

Pegawai yang telah dilantik ke jawatan PTD diberikan tanggungjawab untuk menggubal, merancang dan melaksanakan dasar-dasar awam berkaitan dengan pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, sumber kewangan, ekonomi, pengurusan organisasi dan tenaga manusia, hubungan antarabangsa dan luar negeri,  pertahanan dan keselamatan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Pelaksanaan fungsi PTD

Menteri Kewangan melantik ketua jabatan atau pun ketua setiausaha kementerian sebagai pegawai pengawal bagi menguruskan kewangan di kementerian atau pun jabatan masing-masing.

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilantik menjadi Pengawal Perumahan. Mereka ditauliahkan kuasa bagi meluluskan dan mengeluarkan permit iklan, lesen dan lain-lain.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ditauliahkan kuasa meluluskan lesen mengedar dan memasarkan bahan-bahan yang berkaitan dengan petroleum.

 

8 bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

Bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) termasuklah merancang, mentadbir, mengurus dan mengawalselia hampir setiap perkara yang melibatkan aktiviti kerajaan. PTD diibaratkan sebagai pemimpin kepada keseluruhan kementerian dan jabatan-jabatan utama serta pentadbiran beberapa buah kerajaan negeri.

Dari perspektif tugas, PTD bertanggungjawab sebagai penggubal dasar, pemikir dan perancang strategik, perunding khidmat nasihat dan pelaksana dasar-dasar kerajaan. 8 bidang tugas utama PTD boleh dikategorikan kepada :

  • Pengurusan Sumber Ekonomi
  • Pengurusan Sumber Kewangan
  • Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  • Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi
  • Perancangan dan Pengurusan Sosial dan Infrastruktur
  • Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah, Perbandaran Tanah, Daerah dan Kerajaan Tempatan
  • Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri
  • Keselamatan dan Pertahanan Negara

 

Bidang tugas dan peranan PTD telah berevolusi sejak era tahun 60an ke era tahun 90an selaras dengan perubahan pembangunan negara.

Perkhidmatan PTD menjanjikan pembangunan kerjaya yang menarik. Bermula dari segi penempatan seperti yang telah disebutkan dan peluang untuk mengikuti latihan dan kursus dalam perkhidmatan yang terbuka luas. Dari segi peluang kenaikan pangkat, PTD tergolong dalam kategori perkhidmatan yang teratas.

Bagi merancang dan menggubal satu pelan pembangunan PTD,  Jabatan Perkhidmatan Awam telah menubuhkan Unit Strategik pada awal tahun 1999 di bawah Bahagian Perkhidmatan. Hasilnya, semua dasar dan strategi pembangunan kerjaya PTD telah dibentuk dan diluluskan dalam bulan Jun 1999 dan kini sedang dilaksanakan.

Dasar dan strategi ini termaktub dalam Pelan Komprehensif Pengurusan Sumber Manusia PTD abad Ke-21. Pelan ini temasuklah dasar pengambilan, penempatan, latihan, perancangan penggantian (succession planning) dan exit policy. Kini, model pelan komprehensif ini telah dicontohi oleh perkhidmatan awam yang lain seperti perkhidmatan Pegawai Sistem Maklumat dan pegawai perkhidmatan sokongan.

 

Latihan dan pembangunan kepegawaian

Perkhidmatan PTD menyediakan peluang latihan dan kursus yang luas termasuk peluang mengikuti ijazah Sarjana dan Ph.D di dalam dan luar negeri. Ini kerana dasar latihan perkhidmatan PTD ialah untuk melahirkan pegawai-pegawai yang berpengetahuan, berwibawa dan mahir dalam bidang masing-masing serta bersifat versatile selari dengan fungsi tugas PTD.

Fokus pada aspek latihan dari peringkat awal lagi di mana PTD diwajibkan mengikuti kursus sijil Diploma Pengurusan Awam (DPA) sebelum jawatannya disahkan. PTD selanjutnya akan dilatih semasa dalam perkhidmatan seperti kepimpinan, perancangan strategik, pengurusan sumber manusia, kewangan, teknik berunding, teknologi maklumat dan lain-lain lagi. PTD yang cemerlang akan ditawarkan mengikuti kursus peringkat Ijazah Sarjana dan Ph.D.

 

PTD Assessment Centre (PAC)

Calon-calon yang lulus dalam peperiksaan bertulis SPA akan dipanggil ke PTD Assessment Centre (PAC). PAC adalah mekanisme yang digunakan oleh SPA bagi menilai kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diserap ke dalam SPA untuk ditemuduga dan lantikan perkhidmatan awam. PAC telah dilaksanakan sejak tahun 1999 melibatkan semua INTAN kampus wilayah tidak terkecuali INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.

Calon-calon yang terlibat akan menjalani ujian kecergasan termasuklah berlari sejauh 2.4 kilometer dalam masa yang tertentu dan latihan jasmani yang berkaitan.

 

Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Temuduga adalah proses terakhir yang perlu dijalani oleh calon-calon PTD sebelum diserap dalam jawatan tetap yang dikendalikan oleh SPA. Urusetia PAC akan mewujudkan satu pangkalan data markah untuk menilai calon semasa PAC dijalankan. Senarai nama yang mendapat penilaian tertinggi akan dipanggil ke temuduga bagi memasuki perkhidmatan PTD.

 

Pelantikan Pegawai Tadbir Diplomatik

Calon-calon yang melepasi proses temuduga akan menerima surat tawaran pelantikan sebagai PTD.

 

Langkah penting untuk masuk PTD

Anda wajib mendaftar di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk ditapis dan dipilih bagi menduduki peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Sesudah dipanggil untuk menduduki peperiksaan, dapatkan ebook persediaan menerusi link di bawah :

[+] http://jvsecurepay.com/access/116rg/14

 

pegawai tadbir dan diplomatik gred m41

Ebook untuk persediaan peperiksaan online PTD M41.

  1. Besar tanggungjawab PTD ni..saya pun ada kawan yang memegang status ni, memang sangat sibuk
    Noriza Rahman recently posted…Awet Muda dan Sihat di Usia EmasMy Profile

  2. Dulu dulu cita cita Mek ila ialah untuk jadi PTD yang berjaya. Hihi, tapi sekarang jadi lain pula.
    Mek ila Jual Vitamin recently posted…5 Jenis Vitamin Ibu Hamil Wajib Ambil SecukupnyaMy Profile

  3. kelihatan masa posting dan blog masih baru. Menggunakan Elegant Themes pula yang premium. adakah anda baru bergiat aktif kembali ?
    Amir recently posted…Apa Itu Watermark Serta FungsinyaMy Profile

  4. kawan ciktom ramai kerja ptd ni..
    cik tom recently posted…Tabung Misi Perbelanjaan Raya dan KecemasanMy Profile

  5. kerja sebagai PTD memang bz dan mencabar
    Aryn Fadz Lee recently posted…WESTON, BEAUFORT KAMPUNG NELAYAN YANG INDAHMy Profile

  6. good luck semua calon
    Raihanah Ahmad recently posted…Angkasawan NASA Pengguna ShakleeMy Profile

  7. dulu jawatan ni cita-cita saya, sama dengan jawatan abah dulu. tapi nampaknya tak kesampaian
    Raihanah Ahmad recently posted…Sopak Boleh Dirawat Dengan ShakleeMy Profile

  8. Boleh katakan Pegawai Tadbir ni orang mempunyai peranan penting dan tanggungjawab besar..

  9. Bila lah kerajaan nak panggil interview agak nya? hehehe..belum ada rezeki lagi di kerajaan,,
    Azlan recently posted…Carian Paling Popular Google Malaysia 2015My Profile

  10. penting juga jawatan ni , kena beri khidmat terbaik tu

  11. Antara jawatan yang paling penting ni!

  12. Jadi pTD ni kena keras hati tinggalkan family untuk masuk ke servis perkhidmatan awam
    azimah mohd zainuddin recently posted…Kepentingan Kalsium Untuk Ibu HamilMy Profile

  13. Betul, PTD ni tanggungjawab besar. Nak dapat pun, bukan senang, bayak tapisan yang perlu dilalui.

    Semoga berjaya semua calon PTD

  14. kerja mudah kalau dapat ni sungguh jkata rezeki

  15. Baru dapat email panggilan temuduga online.

    Bila baca skop tugas, mencabar ya…

  16. Banyak sungguh bidang PTD ni ya,
    Noriza Rahman recently posted…Lecithin Meredakan Bengkak Susu dengan Cepat dan MudahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge